Info Site

Produk Kelulut Agen Pembunuh Kanser

Madu, Propolis dan Bee Pollen Kelulut Sebagai Anti-kanser

Umum mengetahui bahawa hasil produk lebah mempunyai pelbagai khasiat bukan sahaja dalam perubatan tradisional malah perubatan moden juga. Hal ini dapat dilihat apabila hasil produk lebah menjadi tumpuan masyarakat di dalam pemakanan rutin serta makanan tambahan dan juga digunapakai dalam barangan kosmetik untuk tujuan rawatan dan juga manfaat kesihatan.

Satu siri penyelidikan telah dijalankan bagi mengkaji keupayaan madu, propolis dan bee pollen lebah kelulut dalam menentang pertumbuhan sel kanser atau lebih tepat sebagai ujian anti-kanser.

 

madu kelulut anti kanser

Dari kiri: madu kelulut, propolis dan bee pollen

 

Empat spesis lebah kelulut tempatan di Timur Kalimantan, Indonesia digunakan bagi meneliti tahap keberkesanan produk masing-masing.

Spesis berkenaan adalah seperti berikut:

(1) Trigona incisa
(2) Timia apicalis
(3) Trigona fusco-balteata
(4) Trigona fuscibasis

Manakala 5 jenis sel kanser yang digunakan dalam ujian ini iaitu:

(1) HepG2 (hati)
(2) SW620 (usus besar)
(3) KATO iii (perut)
(4) ChaGO i (paru-paru)
(5) BT474 (payudara)

 

apoptosis cell

Sel kanser sihat (gambar kiri) dan sel kanser dalam proses kamatian (gambar kanan). Sumber gambar: www.sciencephoto.com

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada kajian ini adalah seperti berikut:

(1) Semua hasil produk lebah kelulut mempunyai kesan terhadap sel kanser hati, usus besar, perut, paru-paru dan payudara tetapi kesannya pada tahap yang berlainan
(2) Madu dan propolis mempunyai kesan anti-kanser yang lebih baik berbanding bee pollen
(3) Perbezaaan keupayaan kedua-dua produk lebah kelulut ini bergantung kepada spesis lebah dan jenis kanser
Sebagai contoh, kesan anti-kanser propolis daripada spesis Trigona incisa lebih tinggi, manakala propolis daripada spesis Timia apicalis lebih rendah
Sel kanser hati sangat sensitif (pertumbuhan sel terencat) terhadap madu kelulut untuk semua spesis lebah kelulut

Artikel journal:

Kustiawan PM, Puthong S, Arung ET, Chanchao C. In vitro cytotoxicity of Indonesian stingless bee products against human cancer cell lines. Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine. 2014;4(7):549-556. doi:10.12980/APJTB.4.2014APJTB-2013-0039.

More News / Articles

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) ↓

Leave a Comment