Info Site

Archive for Articles

Produk Kelulut Agen Pembunuh Kanser

Madu, Propolis dan Bee Pollen Kelulut Sebagai Anti-kanser

Umum mengetahui bahawa hasil produk lebah mempunyai pelbagai khasiat bukan sahaja dalam perubatan tradisional malah perubatan moden juga. Hal ini dapat dilihat apabila hasil produk lebah menjadi tumpuan masyarakat di dalam pemakanan rutin serta makanan tambahan dan juga digunapakai dalam barangan kosmetik untuk tujuan rawatan dan juga manfaat kesihatan.

Satu siri penyelidikan telah dijalankan bagi mengkaji keupayaan madu, propolis dan bee pollen lebah kelulut dalam menentang pertumbuhan sel kanser atau lebih tepat sebagai ujian anti-kanser.

 

madu kelulut anti kanser

Dari kiri: madu kelulut, propolis dan bee pollen

 

Empat spesis lebah kelulut tempatan di Timur Kalimantan, Indonesia digunakan bagi meneliti tahap keberkesanan produk masing-masing.

Spesis berkenaan adalah seperti berikut:

(1) Trigona incisa
(2) Timia apicalis
(3) Trigona fusco-balteata
(4) Trigona fuscibasis

Manakala 5 jenis sel kanser yang digunakan dalam ujian ini iaitu:

(1) HepG2 (hati)
(2) SW620 (usus besar)
(3) KATO iii (perut)
(4) ChaGO i (paru-paru)
(5) BT474 (payudara)

 

apoptosis cell

Sel kanser sihat (gambar kiri) dan sel kanser dalam proses kamatian (gambar kanan). Sumber gambar: www.sciencephoto.com

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada kajian ini adalah seperti berikut:

(1) Semua hasil produk lebah kelulut mempunyai kesan terhadap sel kanser hati, usus besar, perut, paru-paru dan payudara tetapi kesannya pada tahap yang berlainan
(2) Madu dan propolis mempunyai kesan anti-kanser yang lebih baik berbanding bee pollen
(3) Perbezaaan keupayaan kedua-dua produk lebah kelulut ini bergantung kepada spesis lebah dan jenis kanser
Sebagai contoh, kesan anti-kanser propolis daripada spesis Trigona incisa lebih tinggi, manakala propolis daripada spesis Timia apicalis lebih rendah
Sel kanser hati sangat sensitif (pertumbuhan sel terencat) terhadap madu kelulut untuk semua spesis lebah kelulut

Artikel journal:

Kustiawan PM, Puthong S, Arung ET, Chanchao C. In vitro cytotoxicity of Indonesian stingless bee products against human cancer cell lines. Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine. 2014;4(7):549-556. doi:10.12980/APJTB.4.2014APJTB-2013-0039.

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) →

Kehidupan Lebah dan Manusia

Kehidupan Lebah dan Manusia

Lebah dan Manusia Berpisah Tiada

Tahukah anda bahawa banyak perkara yang boleh kita pelajari melalui tingkah laku lebah. Berikut adalah sepuluh contoh pengajaran yang boleh kita aplikasi dalam kehidupan seharian

1) Bertanggungjawab
Lebah hidup mengikut keperluan mereka. Tiada bank, pinjaman atau kad kredit di dunia lebah; hanya sumber-sumber keperluan mereka sendiri dengan mengumpul dan menyimpannya. Seperti kita, lebah perlu makan setiap hari, dan mereka melakukan semuanya dengan kudrat mereka untuk memastikan tidak ketandusan bekalan makanan dengan cara menyimpannya – bukan untuk diri sendiri, tetapi sebaliknya untuk lebah yang belum dilahirkan

2) Bekerjasama
Lebah mampu mencapai sesuatu perkara yang luar biasa dengan cara bekerja bersama-sama. Lima puluh ribu pekerja boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa. Kerjasama adalah kunci kepada kejayaan mereka-seumpama puluhan ribu individu berkelakuan sebagai satu organisasi

3) Bekerja Secara Sistematik
Lebah membuktikan bahawa pembahagian tugas tersusun boleh menjadi sangat berkesan. Bagaimana? Lebah bergerak melalui kerja berperingkat. Pada mulanya mereka akan bekerja di dalam sarang sebelum akhirnya muncul sebagai pengumpul makanan. Jadi, mereka boleh kembali kepada tugasan asal (dalam sarang) jika berlaku sebarang masalah.

4) Bijak Memanfaatkan Peluang
Lebah bijak memanfaatkan ruang dan masa. Lebah menghasilkan madu selagi mentari bersinar. Mereka akan mengambil apa saja inisiatif untuk memperbanyakkan makanan. Contohnya, walaupun kantung sarang telah dipenuhi dengan makanan, mereka akan cuba mencari ruang di celahan sarang untuk disaratkan makanan lebihan

5) Tidak Pentingkan Diri
Lebah berkelakuan seperti individu namun kepentingan bersama adalah menjadi keutamaan mereka – sikap ego bukan ciri yang ada pada lebah. Tugas utama mereka adalah kepada koloni dan mereka tidak teragak-agak mengorbankan diri jika koloni terancam

6) Sentiasa Bersiap Sedia dan tidak putus asa
Lebah sangat peka dengan keadaan persekitaran terutama dalam musim ketandusan sumber makanan. Namun mereka sentiasa membuat persiapan awal dengan mengumpul makanan lebih banyak sebelum menghadapi musim berkenaan

7) Toleransi
Sikap berkongsi dan bertoleransi. Lebah tidak bersaing sesama sendiri. Jika ada perselisihan dalam pencarian sumber makanan, mereka akan saling memberi ruang. Contohnya, jika seekor lebah mendapati pokok bunga telah dihinggapi oleh pesaing (lebah dar koloni lain), maka ia akan beredar dan menumpukan pencarian di tempat lain. Bukan itu saja, malah ia akan memberi arahan kepada rakan-rakan supaya tidak menuju ke kawasan pokok bunga tersebut

8) Bijak Menyesuaikan Diri
Lebah bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Ia adalah salah satu strategi survival berkesan. Ini dapat dilihat apabila mereka menggunakan propolis dari sumber berbeza daripada kawasan setempat yang dapat melindungi mereka daripada patogen yang wujud di persekitaran itu sendiri

9) Komunikasi Berkesan
Lebah mementingkan komunikasi yang ringkas dan berkesan. Dengan hanya menggunakan getaran dan pheromones sahaja mereka mampu menyampaikan maklumat kepada seluruh anggota koloni. Hasilnya mereka dapat melaksanakan tugas dengan efisien.

10) Mementingkan kebersihan dan kualiti
Lebah sangat mementingkan kualiti dalam aspek pencarian sumber makanan. Mereka akan hanya memilih pokok bunga yang segar, bersih, berkhasiat dan tidak dicemari oleh bahan asing seperti sisa toksik dan sebagainya. Benar seperti sabda Rasulullah saw., “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) →

13 Surprising Uses of Honey

13 Surprising Uses of Honey

Honey has a tremendous effect on the skin. And that’s not all, it is a powerful antiseptic and a fantastic natural sugar substitute. Keep reading for these and more alternative uses for honey.

 
Uses of Honey Khasiat Madu
 
HEALTH

1. Relieve Hangovers. Had a little too much fun last night? A few tablespoons of honey, which is packed with fructose, will help speed up your body’s metabolism of alcohol.

2. Heal Wounds, Cuts, Scrapes & Burns. Don’t reach for the Neosporin the next time you cut or burn yourself — simply apply honey to the affected area. It works as a natural antiseptic.

3. Soothe Sore Throats and Coughs. Combine honey with the juice of one lemon and drink. It works like a wonder!

4. Remove Parasites. Hopefully you’ll never have to use this trick, but if you do, combine equal parts honey, vinegar and water and drink. The combination of these three ingredients is the perfect parasite killer

BEAUTY

5. Moisturize Dry Skin. Honey is a fantastic moisturizer, especially on dry patches, like your elbows or hands — even your lips! Rub onto your dry, patchy skin and let it sit for about 30 minutes before washing off. It also makes a great lip balm!

6. Condition Damaged Hair. Honey is a great natural conditioner. You can simply add a teaspoon of the stuff to your regular shampoo to smooth your damaged locks. You can also combine it with olive oil for a deeper conditioning. Let it soak for 20 minutes with your hair wrapped in a towel before shampooing as usual.

7. Have an Amazing Bath. Relax your body and soak your skin in a soothing bath. Add 2 tablespoons of honey to 1 cup of hot water and let it dissolve for about 10 minutes. Add 2 or 3 drops of lavender essential oil and add it to your bath.

8. Remove Acne. Stubborn acne can really benefit from a small daily dab of honey. Place a band-aid over the pimple, and take it off 30 minutes later.

9. Give Yourself a Facial. Combine 2 teaspoons of milk with 2 tablespoons of honey. Cover your face with the mixture and let it sit for 10 minutes before washing off.

FOOD

10. Boost Your Energy. Quit turning to coffee for your daily energy boost! Replace your cup of Joe with a cup of tea. Mix in a tablespoon or so of honey.

11. Substitute Honey for Sugar in Baking. For every cup of sugar a recipe calls for, replace it with 3/4 cup of honey. For best results, add 1/4 teaspoon of baking soda and reduce another liquid in your recipe by 1/4 cup. Also, reduce the oven temperature by 25 degrees.

12. Make Almond Milk from Scratch. You’ll find a great recipe here.

13. Make Infused Honeys. Why have plain old regular honey when you can have ginger lime honey or hot pepper honey?! For these and more infused honey recipes, click here

 
Read more: http://www.care2.com/greenliving/13-surprising-uses-for-honey.html#ixzz3rGcN8YTi
 

Looking for honey?? Introducing Bayu Kelulut

100% Pure & Quality Stingless Bee Honey-Laboratory Tested

 

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) →

Khasiat & Kegunaan Propolis Kelulut

Khasiat & Kegunaan Propolis Kelulut

Khasiat

Khasiat perubatan bagi propolis sangat banyak dan banyak produk sampingan dihasilkan daripada propolis. Antara khasiat perubatan bagi propolis secara umum ialah mempunyai sifat antibiotik, anti radang dan merangsang penghasilan antibodi (meningkatkan imuniti), menguatkan kapilari darah, anti rheumatik, anti asma, anti kanser dan anti-oxidant. Sehubungan dengan propolis banyak digunakan untuk rawatan yang berkaitan dengan alahan, batuk, demam, selsema, penyakit dan masalah yang berkaitan sistem darah dan penafasan.

Kajian yang dijalankan secara saintifik menunjukkan propolis mempunyai sifat anti bakteria, virus dan mikro organisma lain yang sangat baik. Antara kajian lain yang terknini berkenaan potensi penggunaan propolis adalah seperti berikut:

1. Propolis berkemungkinan menghalang kerosakkan ginjal. Kajian yang dijalankan diatas tikus menunjukkan propolis memain peranan memperbaiki ginjal tikus yang diberi rawatan aluminium klorida (Environ. Toxico 2014 Sept 29 (9) 1000-10)

2. Kajian terhadap ginjal pesakit diabetes juga menunjukkan ianya juga mungkin boleh digunakan untuk merawat ginjal yang bermasalah. (Environ. Toxico 2014 Ogos 15. 279(1) :1-7

3. Berpotensi untuk merawat penyakit bimbang dan murung (Phyto medicine 2014 Julai 50944-7113

4. Rawatan penyakit denggi berdarah (Rochasismando dll)

Kegunaan Masa Kini

1. Bahan kosmetik – Ekstrak propolis banyak digunakan untuk rawatan kulit memandangkan ianya boleh membantu melambat proses penuaan disamping sifat anti bakteria dan kulat.

2. Perubatan – Kegunaan umum propolis dalam perubatan ialah untuk masalah yang berkaitan dengan jantung dan darah (anaemia), rawatan gigi, rawatan kulit (disebabkan kelencuran, menyembuh luka dll), rawatan kanser, sistem penghazaman (ulcer) dan rawatan hati.

3. Industri makanan – Digunakan sebagai bahan pengawet kerana ianya mempunyai sifat anti bakterian & kulat

4. Dalam pertanian – Digunakan sebagai bahan anti perosak tanaman. Ianya digunakan sebagai phyto inhibitor (menghalang biji benih dari tercambah)

5. Kegunaan lain – Sebagai bahan untuk rawatan perabut kayu

 
SUMBER: http://www.kelablebahkelulut.com/2014/11/propolis-lebah-kelulut-khasiatnya.html?m=1
 

Looking for honey?? Introducing Bayu Kelulut

100% Pure & Quality Stingless Bee Honey-Laboratory Tested

 

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) →

Crystallized Honey

Crystallized Honey

Crystallized Honey – How It Happen and Its Uses

 
Crystallized honey khasiat propolis kelulut
 

FOR SOME REASON, there is a perception that honey that crystallizes has “gone bad” or that it is a sign of contamination. No! It’s actually a sign of high quality honey. Don’t throw your crystallized honey out, unless you like to waste delicious food.

Crystalized Honey
Crystallized Honey on Oatmeal.
Honey is a super-saturated solution of two sugars: glucose and fructose. Since it’s super-saturated, it’s a natural chemical process that some of the sugars eventually come out of solution. Honey will even crystallize when it’s still in the comb.

Crystallized honey on a bagel
Crystallized honey is delicious in tea, on yogurt, on a toasted bagel, and on oatmeal. It’s a fabulous spread glaze for cooking chicken or stir-fry, and …

This is where I realized that I needed to stop listing and taking photos of honey on things, because I kept eating all my photo models.
Back to the science.

Three things make honey more likely to crystallize:

Temperature

Honey will crystallize in the hive if the temperature goes below 50ºF (10ºC), and honey will crystallize in your containers if you have a cold cupboard cabinet. Finding a warmer spot to store your honey will slow crystallization.

It’s fairly simple to turn your honey back into a smooth liquid again by heating it. The best way to do this is by to put your honey in a bowl of warm water and slowly letting it warm up. If you happen to have an ultrasound machine that produces waves at 23 kHz lying around, that works too. Microwaving overheats the honey and doesn’t heat evenly, so that’s not recommended unless you are in a hurry.

The problem is, as soon as your honey cools down, it will begin slouching back to chunky again. The simplest way to deal with this is to embrace your lovely honey lumps, and acquire a taste for crystallized honey. After a few sessions of heating and cooling, your honey will loose that wonderful aroma of summer, and just become yellow sugary goop.

If you really must have smooth runny honey, try heating a smaller batch, rather than the whole container. Honey also keeps best in glass, rather than plastic, and glass is much better for reheating.

The ratio of glucose and fructose in the honey

Honey is a super-saturated solution of two sugars: glucose and fructose. The proportions of these two sugars arecharacteristic of the plants the bees fed on to make their honey. It’s the glucose that crystallizes, so some types of honey are more resistant to crystallization because they have low glucose.

Alfalfa and clover honeys crystallize quickly; maple, tupelo, and blackberry honeys crystallize slowly. There really isn’t an easy way for someone who isn’t a honey foodie to know which honeys crystallize faster or slower, but this is a good excuse to experiment with the flavors and aromas of different plant honeys.

Pollen

Pollen in honey is normal, and acts as a sort of honeyprovenance. Pollen in honey verifies what plants the bees are feeding on. Bees are fuzzy, so while they are drinking nectar to make honey, they get covered with pollen. It’s sticky stuff – but, you know, it is plant sperm. That junk gets everywhere.

Honey with pollen in it is great honey, but crystallization happens faster when there are small particles available to build on. Fresh, raw honey has a lot of those in the form of pollen grains.

The problem with pollen-less honey is you don’t know where it came from, or what kind of plants the bees were feeding on. Filtering has a shady side effect: it makes it easier for honey to be processed and shipped longer distances (like from China) and means that many different kinds of honey can be blended together undetectably.Because Americans tend to be a bit paranoid about cosmetic defects in food, a lot of honey is now filtered to remove pollen. This does creates a more shelf-stable honey, and it is clearer and brighter in color. Basically, it’s cosmetic surgery to make your honey pretty.

Yes. I am talking about honey-laundering.

How can you get the best honey? Buy local. And by local, I mean look for honey that is not part of a chain store brand, but something from a beekeeper that is in your state, with a traceable address and name.

 

Looking for honey?? Introducing Bayu Kelulut

100% Pure & Quality Stingless Bee Honey-Laboratory Tested

 

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) →

Free Phenolic Acids in Honey

Free Phenolic Acids in Honey

FREE PHENOLIC ACIDS CONTENT IN STINGLESS BEE (KELULUT) HONEY

Introduction

Kelulut honey produced by stingless bees, a small-sized bees. Kelulut bees will usually build nests in the roots or stumps in the ground. The color of stingless bee honey is usually more light and clear compared to normal honey and it has sweet and taste. The quantity of honey collected from each nest harvesting is also lower compared to normal bee hive.

Phenolic acids, hydroxy-cinnamic and phenolic stilbene are one of the common materials found in plants and human food. Phenolic acid accounted for one-third of the total phenolic compounds in food. Generally, these materials can be divided into two classes which are hydroxy benzoic acid and hydroxy cinnamic acid. Phenolic acids in plants can exist in either free or bound form. The quantity of phenolic acids bound tend to be higher than the free phenolic acids. However, the free phenolic acid is more easily absorbed in the human body. Phenolic acids can also act as an anti-cancer, asthma and antitumor.

There are seven types of free phenolic substances identified in stingless honey (Figure 1). The presence of various types of phenolic acids in kelulut honey may indicate that it has various properties. P-koumarik acid for example, has the highest antioxidant activity, followed by protokaechuik and vanilik acid. P-koumarik acids are believed to reduce the risk of stomach cancer by reducing the formation of nitrosamines (carcinogens).

IMG-20150502-WA0008

Fenilpropanoik acid which is a key ingredient of kelulut honey may reduce the enzyme cyclooxygenase-2 (COX-2). COX-2 enzyme plays an important role in the formation of inflammation during the development of large cancerous. This compound is also effective in lowering cholesterol levels in plasma and liver and also lowering triglycerides in the blood.

Conclusion

In conclusion, kelulut honey contains a wide range of nutritious ingredients that may provide benefits to its users.

Summary

Analysis of kelulut honey extracts were performed using gas chromatography mass spectrometry instrument (GCMS) showed the presence of various types of phenolic acids (antioxidant ingredients concise). The phenolic compounds that have been identified are benzoic acid, phenylpropanoic, 4-hydroksibenzoic acid, 4-hydroxyphenyl acetic acid, vanilic acid, protokatechuic acid and p-coumaric acid. Previous studies have reported that phenolic acid showed various properties such as lowering blood cholesterol, anti-oxidant and anti-cancer.

 

Looking for honey?? Introducing Bayu Kelulut

100% Pure & Quality Stingless Bee Honey-Laboratory Tested

 

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) →

Ant as Indicator of Purity of Honey?

Ant as Indicator of Purity of Honey?

Ant as Indicator of Purity of Honey?

 

Debating about the purity of honey never end and there are still many people believe on the traditional methods to identify the purity. However, it is just a myth because not all the honey that fulfill the criteria are natural or pure and even artificial honey.

List of traditional methods to identify purity of honey :

1. Infestation of ants on honey

2. Honey does not freeze if kept in the fridge

3. Hexagon structure formed when honey is mixed with water

4. The level of viscosity of honey when mixed with water

5. Burn the honey

6. Mix honey with egg

These test methods are not accurate and still can be argued.

Furthermore, people easily mix the honey with other materials using current technology to make the artificial honey easily passed the above tests.

Objective of this article is to find the truth about myth that natural honey is not infested by ants. Based on author research, this method is unacceptable because according to honey hunters tramp, natural honey also infested by ants.

For example, fresh honey (Tualang) that was harvested in the morning start to be infested by ants in the afternoon. The ants came from different kind of species such as black and sugar ants. Furthermore, some of the ants started to infest the fresh honey when it was stored under a tree while waiting for the next harvest process in the rearing area (in the forest).

We have some tips to be practiced for all customers when purchase honey from market. Avoid consume any artificial honey because it is unhealthy.

The tips as follow:

1. Justify for a reasonable price

2. Check the packaging label

3. Observe the appearance and taste it

4. Purchase from reliable source

 
Source from http://www.kelablebahkelulut.com/
 

Looking for honey?? Introducing Bayu Kelulut

100% Pure & Quality Stingless Bee Honey-Laboratory Tested

 

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) →

Malaysian Stingless Bee Species

Malaysian Stingless Bee Species

Tidak ramai menyedari, lebah kelulut mampu mendatangkan pendapatan lumayan walaupun serangga itu gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.

Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluaran madu berkualiti yang kaya dengan antioksidan.

Khasiat madu kelulut dikatakan dapat mening­katkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman.

Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan kerada­ngan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.

Khasiatnya dalam dunia perubatan memang banyak malah ujian turut dilakukan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Di Malaysia terdapat kira-kira 30 spesies kelulut dan kebanyakannya ditemui di kawasan hutan. Berbanding lebah yang hanya menghasil­kan madu, kelulut begitu unik kerana mengeluarkan tiga produk madu iaitu bebola madu, propolis dan pollen (debunga). Melihat kepada pasaran madu kelulut, harganya mampu mencecah RM120 sebotol bagi 350 mililiter, sedangkan madu biasa dijual RM30 dalam kuantiti sama.

Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd Fahimee Jaapar berkata, pihaknya giat mengumpulkan spesies kelulut di seluruh negara. “Pada mulanya, kelulut digunakan MARDI sebagai agen pendebungaan. Kita mahu pokok yang ditanam berbuah dengan adanya agen pendebungaan iaitu kelulut. Bagi kami, pendebungaan adalah hasil pertama manakala madu dan propolis hasil kedua.

“Pemikiran bagi kebanyakan orang kampung, lebah kelulut tidak mempunyai madu, tetapi kajian mendapati serangga itu mengeluarkan madu se­tanding madu lebah,” katanya. Semua spesies kelulut dikumpulkan sejak 2007 dan kini diternak di dua kawasan khas di MARDI iaitu di Bahagian Pendebungan dan kebun buah-buahan. “Ada 15 spesies lebah kelulut dikumpulkan dan hanya dua spesies yang dikomersialkan iaitu jenis ‘Trigona Itama’ dan ‘Trigona Thoracica’,” katanya.

Mohd Fahimee dibantu rakan setugas iaitu Penolong Pegawai Penyelidik, Zulidzham Mohd Sani dan Pembantu Penyelidik Kanan, Hamdan Sipon.
Beliau berkata, hasil kajian dilakukan mendapati kelulut menghasilkan ‘ramuan’ untuk perubatan alternatif. “Kelulut banyak ditemui di kawasan kampung terutama di negeri yang mempunyai pokok rambutan tua seperti di Melaka, Perak, Kedah dan Kelantan. “Penebangan hutan secara berleluasa turut me­nyebabkan penghijrahan spesies terbabit ke kawasan kampung,” katanya.

Menurutnya, sarang kelulut dipindahkan dari tempat asalnya dalam batang kayu ke dalam kotak kayu buatan dan diternak di lapangan. “Anak kelulut dimasukkan ke dalam kotak khas bagi menghasilkan madu. “Setakat ini, lebah kelulut yang diternak menghasilkan propolis, pollen dan madu,” katanya.

Katanya, kelulut tidak menyengat, namun serang­ga itu hanya menye­rang orang pertama yang mendekatinya. “Kelulut sama dengan lebah yang akan mengeluarkan ‘feromon’. Ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan sejenis bahan kimia dikenali feromon untuk memanggil rakannya.

“Bau berkenaan biasa­nya akan ditinggalkan pada musuh pertama, namun jika ramai, semua akan diserang,” katanya.

Menurutnya, setiap spesies kelulut menghasilkan bentuk sarang berbeza. “Sistem lebah kelulut unik kerana setiap sarang akan ada tiang. Tiang ini dibina daripada propolis atau damar. Penutup sarang yang terdapat dalam koloni terbabit digunakan sebagai pertahanan diri,” katanya. Katanya, madu kelulut mempunyai lebih antioksidan. “Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi, antimikrob, antifu­ngus dan antikanser. “Sebab itu sarangnya tidak ada fungus. Ini kerana kelulut menggunakan resin daripada pokok, diproses di dalam badannya bagi mencegah pembiakan mikrob,” katanya.

Kajian di MARDI menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas. “Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia. “Selain berupaya menurunkan glukosa, mengu­rangkan kerosakan fungsi ginjal dan me­ningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan,” katanya. Kajian mendapati, kelulut boleh melakukan pendebungaan di Rumah Hijau berbanding lebah. Katanya, pe­rancangan masa depan, Bahagian Mekanisasi dan Automasi MARDI membantu untuk mengeluarkan mesin penye­dut madu yang fleksibel dan mudah alih.

MARDI juga akan menawarkan kursus penternakan kelulut kepada orang ramai yang berminat untuk terbabit dalam industri itu. “Bagi mereka yang mahu menternak kelulut, Unit Promosi dan Teknologi Mardi menawarkan kursus jangka pendek selama dua hari termasuk makan dan minum dengan kos RM600.
“Ia membabitkan 30 peratus teori dan selebihnya amali termasuk mengajar cara membelah kayu bagi memasukkan anak kelulut ke dalam kotak,” katanya.

Katanya, ada pe­serta kursus memperoleh pendapatan kira-kira RM10,000 sebulan dengan menternak kelulut secara komersial. “Biasanya harga bagi sebatang kayu mengandungi anak kelulut dijual kepada penternak sekitar RM200 manakala kelulut di dalam kotak pula dijual sekitar RM500 hingga RM700. “Bagaimanapun ke­banyakan penternak mendapatkan bekalan anak daripada pembalak dan harganya lebih rendah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/04

 

– See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/MARDIkumpul30spesieskelulut/Article#sthash.OcreMcdn.dpuf

 

Looking for honey?? Introducing Bayu Kelulut

100% Pure & Quality Stingless Bee Honey-Laboratory Tested

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) →

Khasiat Madu Kelulut

Khasiat Madu Kelulut

Khasiat Madu Kelulut Secara Saintifik

 
Khasiat madu kelulut Benefit honey
 

Ramai yang menganggap lebah kelulut tidak mampu mengeluarkan madu dengan banyak menerusi kaedah penternakan biasa.

Bagaimanapun, teknologi penternakan lebah kelulut yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan pengeluaran madu spesies lebah tersebut.

Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa.

Hal demikian turut diakui pengusaha madu kelulut, Trigona Bee, Norlezah Baharom yang berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut.

Jelasnya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa.

“Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu kelulut lebih baik maka saya bertukar kepada penternakan lebah jenis ini.

“Hasil daripada kerjasama, teknologi serta khidmat nasihat MARDI saya mampu memperolehi hampir dua kilogram (kg) madu daripada satu-satu koloni lebah kelulut,” katanya.

Ujar Norlezah, jika menggunakan kaedah biasa adalah amat sukar untuk memperolehi madu kelulut sebanyak itu.

Norlezah mula berjinak-jinak dengan perusahaan madu kelulut hanyalah sebagai hobi. Namun setelah menerima permintaan yang tinggi dari kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan akhirnya beliau mula mengusahakan madu lebah kelulut dengan lebih serius.

Berbekalkan pengalaman menternak lebah madu juga sebagai hobi sejak tahun 1997, akhirnya pada tahun 2005 Norlezah mendaftarkan perniagaannya menerusi bantuan serta khidmat nasihat MARDI.

Kini, permintaan madu lebah kelulut yang diternak olehnya mampu mencecah 100 botol sebulan menjadikan Norlezah tidak ‘menang tangan’.

Bercerita mengenai lebah kelulut, katanya menerusi maklumat yang diperoleh daripada MARDI, sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia.

Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.

Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.

Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.

Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.

Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.

Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Jelas Norlezah, kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaan terhadapnya meningkat naik.

“Jika di peringkat awal masyarakat masih kurang tertarik kerana produk ini juga kurang di pasaran.

“Kini, permintaan madu kelulut diterima dari seluruh negara malah tidak ketinggalan pengguna dari luar negara seperti Timur Tengah,” katanya.

Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.

 
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut#ixzz3rKV1VsbW
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Looking for honey?? Introducing Bayu Kelulut

100% Pure & Quality Stingless Bee Honey-Laboratory Tested

 

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) →

Madu Atasi Kemandulan?

Madu Atasi Kemandulan?

Benarkah Madu Membantu Mengatasi Kemandulan?
 

Sesiapa pun pasti tidak ingin mengalami kemandulan. Mandul boleh menjadi salah satu penyebab retaknya hubungan antara suami isteri. Perubatan bangsa Yunani dan Ayurveda telah menggunakan madu selama bertahun-tahun untuk menguatkan semen.

Bagi wanita pula, perlu kita ketahui bahawa dua sudu makan madu yang diminum secara teratur sebelum tidur, memberikan kesan yang baik bagi kesuburan. Wanita di Jepun, China dan Asia Timur yang mengalami kesukaran untuk hamil dan ingin menguatkan rahimnya, sudah terbiasa mengamalkan serbuk kayu manis sejak berabad-abad yang lalu.

 

Bagaimana cara mengamalkannya?
 

Kaum wanita yang sukar hamil sebaiknya melakukan langkah-langkah yang tepat. Lakukan dengan sekerap mungkin iaitu menyapukan madu dan sesudu teh serbuk kayu manis pada gusi. Kayu manis akan bercampur dengan air liur dan akan ikut masuk ke dalam tubuh. Pada masa dahulu, terdapat pasangan suami isteri dari Maryland yang menikah selama 14 tahun. Namun mereka masih belum juga mempunyai keturunan. Mereka pun mula makan madu dan kayu manis secara rutin dan teratur. Akhirnya si isteri hamil, bahkan melahirkan anak kembar sekaligus.

Berikut ialah bahan-bahan dan cara membuatnya.

a. Bahan-Bahan – Madu asli – 2 sudu makan – Serbuk kayu manis – 1 sudu teh

b. Cara membuat dan Penggunaannya – Minumlah madu yang dicampur dengan kayu manis sebelum tidur secara teratur.

 

Looking for honey?? Introducing Bayu Kelulut

100% Pure & Quality Stingless Bee Honey-Laboratory Tested

 

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) →